I love you. I miss you. I'll keep waiting for you. I had try to give up on you. I had try to move on. I had try a new relationship. I still can't. Sorry for loving you deeply.
Stuff
Wednesday, 31 October 2012
"Never give up" "Jangan sesekali putus asa" "Jangan pernah mengalah"
Ungkapan ungkapan yang sering kita dengar sejak kita mula belajar untuk berjalan sehingga kita boleh berlari, sejak kita mula menjejakkan kaki ke tadika sehingga tamat meghabiskan pelajaran, sejak kita mula mengenali cinta sehingga kita ke alam perkahwinan, sejak dari kita mula mengenali kebahagiaan sehinggalah kita temui kesedihan, sejak dari kita mengenali kehidupan sehinggalah kita akhiri dengan kematian. Inilah ungkapan yang tidak pernah terlepas dari telinga kita, "jangan pernah berputus asa". Kadangkala dalam kehidupan kita kena berputus asa untuk memberi ruang kebahagiaan kepada orang lain. Kadangkala kita kena berputus asa untuk melihat senyuman di wajah orang lain. Kadangkala kita kena berputus asa untuk mendengar gelak tawa orang lain. Kadangkala kita kena berputus asa untuk memuaskan hati orang lain. Kadangkala kita kena berputus asa untuk tidak kehilangan orang yang kita sayang. Kata orang, insan yang mudah berputus asa ada seorang yang lemah, seorang yang tiada pendirian dan seorang yang gagal dalam kehidupan tetapi bagiku untuk berputus asa bukanlah sesuatu yang mudah. Mudahkan untuk seorang anak berputus asa dalam menyuarakan rasa sedih dan kecewa terhadap bapanya yang meninggalkan ibunya? Tidak mudah tetapi dia memilih untuk berputus asa demi kebahagiaan bapanya. Mudahkan untuk seorang isteri berputus asa dalam memujuk suaminya untuk memperbaiki masalah dan konflik yang dihadapi? Tidak mudah tetapi dia memilih untuk berputus asa atas desakan anak anak dan kebahagiaan suami. Mudahkan untuk seorang lelaki berputus asa demi seorang wanita yang disayanginya? Tidak mudak, tetapi dia memilih untuk berputus asa demi untuk tidak kehilangan wanita yang disayangi dan demi kebahagiaan wanita itu. Mudah untuk seorang anak berputus asa dalam dalam mengaharapkan kasih sayang insan bergelar ibu dan bapa, mengharapkan kebagahagiaan keluarga seperti rakan rakan yang lain, mendambakan kegembiraan bersama keluarga seperti rakan yang lain? Tidak mudah, tetapi si anak memilih untuk berputus asa demi untuk keluar dari kepompong kesedihan yang menyelubunginya semenjak dia pertama kali melihat dunia. Dalam keadaan tertentu, pada masa yang tertentu, di tempat yang tertentu kadangkala berputus asa adalah jalan yang terbaik untuk diri ini.
"Berputus asa tidak bermakna kita gagal dalam kehidupan, berputus asa bermaksud kita berhenti menunggu keajaiban dan memulakan kehidupan berpaksikan realiti"
Tuesday, 30 October 2012
Penakut
Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku...............
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku...............
Kadangkala orang yang menyintai dan menyayangi kita tidak meluahkan rasa rasa cintanya kepada kita kerana dia takut akan kehilangan kita, dibenci dan dijauhi kita sampai tiba masanya kita merasakan kehilangan dia baru kita sedar betapa kita mencintai dan menyayangi dia. Sesungguhnya dia tidak pernah berputus asa terhadap kita tetapi dia berhenti berharap kerana kita yang tidak pernah memulakan untuk berjuang demi dia.
*She's just someone awesome i knew.
Dia
Dia seorang insan bergelar wanita, dia bidadari bagiku, dia melengkapi hidupku, dia cinta pertamaku, dia mengajar aku erti cinta, dia mengajar aku erti sayang, dia mengajar aku erti pengorbanan, dia mengajar aku erti penyesalan. Dia menyedarkan aku setiap kekusutan, setiap kerunsingan, setiap masalah, setiap kebuntuan ada jalan penyelesaiannya. Dia menyedarkan aku setiap insan bergelar manusia mampu merubah diri sendiri dengan usaha dah kegigihan. Dia menyedarkan aku yang lupa tentang diri sendiri. Di saat dia sedih, aku cuba sedaya upaya untuk membuatkan dia tersenyum. Di saat dia gembira, aku bersama meraikan kegembiraan bersama dia. Di saat dia terluka, aku sedaya upaya memberikan kata semangat agar dia berhenti menangis. Di saat dia jatuh, aku cuba memipin dia agar bangun kembali dan meneruskan langkah. Di saat dia bercerita tentang lelaki yang sedang rapat dengannya, aku hanya tersenyum, aku turut gembira melihat dia gembira, aku memberikan sokongan untuk dia agar dapat bertemu cinta idamannya, tetapi aku menipu diri aku sendiri, hakikatnya aku sedih, aku kecewa, aku sakit tetapi aku pendamkan semua itu hanya untuk melihat dia tersenyum. Dia menganggap aku hanya seorang kawan, tetapi bagi aku dia adalah cinta yang memenuhi hati aku, cahaya yang menerangi hidup aku, udara yang memberi aku ruang bernafas dan dia adalah bidadariku yang membuat aku tersenyum. Aku berjanji akan aku tunggu dia walau seberapa lama sekalipun, kerana hanya dialah yang dapat melengkapkan diri aku. Dia adalah.................
Sunday, 28 October 2012
LIES
That moment when you make a confession about your heart feelings towards someone and that kind of confession does ruined your friendship, I know how that feels. She started to ignore me, acted like i'm a stranger and it hurts much. So the less i can do is started to tell her what she want to hear not what i want her to hear, here's the beginning of my greatest lies. I promised her that i would stop talking about my heart feelings, stop treating her like my lover and i'll just assumed her as my bestfriend or lil sister maybe and thanks to my brain for a great lies. Well everything seems fine after telling her my terrible lies and now all i gonna do is pretending to be her friend while my heart keep on saying that i do love her. It's kind of "friendzone" actually lol. By telling her a lies, i'm not losing her and i got her by my side but at the same time getting hurts when she started to talk about another guys. Well as a "FRIEND" the most i can do is just listen to her and get hurts yeah it's kinda cool but at least i'm not losing her. So that's it for today, and hey girl i wish you knew how much do i love you and i'll stay by your side even when you abandoned me.
'YOU WOULDN'T BELIEVE THE MOST AMAZING THINGS CAN COME FROM SOME TERRIBLE LIES'
Saturday, 27 October 2012
Introduction
Today is 28th Oct 12, exactly 3.45 a.m. All of sudden i feels like creating a blog and booomm here am I doing this blogging things. There's a small voice in my head saying 'bro what are you doing, it's 2012 bro and you're 18 but you JUST had a blog lame bro you lame'. I'm kinda agree with that lil voice though. So here am i, blogging for the first time k enough. Just call me 'Fauzie' for short, be honest i'm kinda get annoyed with my own nickname 'pojie' so i prefer to be called with my real name. Aku boleh je cakap melayu tapi kalau tulis in malay tu awkward lah sikit, sikit je lah. The main reason i came out with this blog stuff is her, well i'm not a gay so it's okay for me doing this wasting time stuff for someone especially a girl right?
YASMINADILAHYUSLEE
That caps lock letters up there is well someone, just someone i know. Got no idea on what should i post about so better i end it here.
Subscribe to:
Comments (Atom)



