Dia seorang insan bergelar wanita, dia bidadari bagiku, dia melengkapi hidupku, dia cinta pertamaku, dia mengajar aku erti cinta, dia mengajar aku erti sayang, dia mengajar aku erti pengorbanan, dia mengajar aku erti penyesalan. Dia menyedarkan aku setiap kekusutan, setiap kerunsingan, setiap masalah, setiap kebuntuan ada jalan penyelesaiannya. Dia menyedarkan aku setiap insan bergelar manusia mampu merubah diri sendiri dengan usaha dah kegigihan. Dia menyedarkan aku yang lupa tentang diri sendiri. Di saat dia sedih, aku cuba sedaya upaya untuk membuatkan dia tersenyum. Di saat dia gembira, aku bersama meraikan kegembiraan bersama dia. Di saat dia terluka, aku sedaya upaya memberikan kata semangat agar dia berhenti menangis. Di saat dia jatuh, aku cuba memipin dia agar bangun kembali dan meneruskan langkah. Di saat dia bercerita tentang lelaki yang sedang rapat dengannya, aku hanya tersenyum, aku turut gembira melihat dia gembira, aku memberikan sokongan untuk dia agar dapat bertemu cinta idamannya, tetapi aku menipu diri aku sendiri, hakikatnya aku sedih, aku kecewa, aku sakit tetapi aku pendamkan semua itu hanya untuk melihat dia tersenyum. Dia menganggap aku hanya seorang kawan, tetapi bagi aku dia adalah cinta yang memenuhi hati aku, cahaya yang menerangi hidup aku, udara yang memberi aku ruang bernafas dan dia adalah bidadariku yang membuat aku tersenyum. Aku berjanji akan aku tunggu dia walau seberapa lama sekalipun, kerana hanya dialah yang dapat melengkapkan diri aku. Dia adalah.................
No comments:
Post a Comment